HOT DEAL...!!!!!!

Saturday, December 25, 2010

Institut Pertanian Sabah Timbang Menggaris,


Logo di atas merupakan logo kepunyaan Institut Pertanian Sabah yang terletak Timbang Menggaris Kota Belud Sabah. Saya merupakan salah seorang penuntut di sini dan akan menamatkan pengajian saya pada tahun 2012. Saya merupakan ahli batch 15. Untuk masuk di Institut ini bukanlah mudah kerana pemilihan yang dilakukan oleh pihak Institut adalah ketat. Oleh itu sesiapa juga termasuk diri saya sendiri sangat beruntung kerana terpilih untuk belajar di sini. Institut ini dikelolakan sepenuhnya oleh Jabatan Pertanian Negeri Sabah. Oleh kerana itu, peluang pekerjaan adalah tinggi kerana mengikut statistik graduan-graduan dari institut ini akan mendapat pekerjaan sebaik sahaja mereka menamatkan pengajian mereka terutamanya bagi mereka yang memilih Latihan Industri di estet-estet atau ladang-ladang yang terdapat di seluruh Sabah. 
Bagi mereka yang bercadang untuk memasukinya bolehlah mendapatkan borang permohonan di jabatan pertanian terdekat atau datang terus ke institut ini. Borang permohonan biasanya dikeluarkan pada bulan Febuari ataupun March bergantung kepada pihak institut.

1 comment:

  1. Great blog!! I, myself have had quite a few memorable experiences on cruises throughout my life. patagonian
    was a great location and I strongly suggest taking a cruise out there.

    ReplyDelete